Wednesday, July 25, 2012

Dendam~

Hidup dengan perasaan dendam = perasaan bahagia ?

siapa yg pernah menyimpan perasaan dendam dalam hati..cuba tanya diri sendiri...bahagia ke?

atau terasa bisa yg menikam ulu hati ?

seperti ada sesuatu yg menghantui hidup ..sentiasa mengikuti walau kemana pun langkah dihayun ..

bagaimanakah boleh merasa tenang?

atau kau seorang yg membencikan ketenangan itu ..

bagi kau, dendam itu segalanya ... selagi dia tidak hancur menyembah dunia..

selagi itu dendam kau belum terbalas..

selagi itu hidup kau xkan merasa tenang ...

kau mahukan kehancuran ... kau tak pandang harga sebuah kemaafan.

tapi , kenapa tak tinggalkan je semua itu sebagai urusan Allah..

lebih baik kau bertaubat.. kau jalani hidup yg tenang...

dari kau penat mengira detik hidup yang bersulamkan dendam ..

sebab dendam...

kau lupa banyak perkara...

kau lupa untuk memandang sekeliling melihatkan apa yg kau kecapi...

kau lupa bahawa nikmat2 yg Allah bagi tu dah terlalu banyak.. tapi kerana hati kau telah diselaputi dendam...

kau abaikan semua itu...

sampai bila? sampai semua nikmat yg diberi ditarik balik...

baru kau mahu tersedar...atau menyalahkan org lain juga...

dan kembali berdendam???

fikirlah..dan muhasabah diri ...





No comments:

Post a Comment